Wednesday 15 April 2015

Gelaran tokoh - tokoh besar islam


Gelaran tokoh - tokoh besar islam

tokoh tokoh besar islam ini, batang tubuh mereka yang sentiasa berjuang disisi Rasulullah s.a.w. mereka sentiasa melibatkan diri dalam pelbagai peperangan sehingga mendapat syahid dengan kemuliaan di sisi Allah s.w.t.  

pelbagai gelaran yang di gelarkan kepada mereka kerana sifat dan perwatakan mereka. ada juga yang di beri gelaran kerana anugerah yang dikurniakan kepada mereka. mereka ini lah yang me.h ndapat darjat kebesaran dalam meninggikan kalimah LA ILAHA ILLA ALLAH..

1.    saidina Abu bakar R.A

as-siddiq : yang membenarkan.
kerana beliau membenarkan setiap perkataan daripada Rasulullah s.a.w dan beliau antara sahabat yang pertama membenarkan periswa isra'  selepas diceritakan kepada beliau oleh baginda Nabi Muhammad s.a.w.

Al atiq :yang dibebaskan./ tampan
Rasulullah pernah menyatakan kepadanya “ kamu adalah orang yang dibebaskan Allah dari api neraka” ada juga yang berpendapat ,kerana ketampanannya atau kerana ramai hamba yang dimerdekakan oleh beliau seperti bilal bin rabah dan yang lainnya.

2.   Umar al khattab

Al faruq : yakni pemisah antara hak dan batil.
Nabi pernah menyatakan” sesungguhnya umat-umat sebelum kamu semua ada orang tertentu yang menjadi jurucakap (muhaddits) dan jika perkara itu ada pada zaman umatku, maka dia adalah umar al khattab”(hr bukhari)

3.   Uthman bin Affan

Dzu An Nurain : pemilik dua cahaya.
Gelaran itu kerana beliau menikahi 2 anak perempuan Rasulullah s.a.w.iaitu Ruqayyah dan Ummu Kalthum.

4.   Zubair bin Awwam

Hawari Rasulullah : teman setia nabi
Rasulullah pernah menyatakan “ setiap nabi mepunyai Hawari, dan sahabat setiaku adalah Zubair ( HR Bukhari)

5.   Abu ubaidah bin Al Jarrah
Amin Al ummah dan Amir Al Umara’ : orang yang dipercayai
Rasulullah berkata “ setiap umat memeliki orang yang dipercayai (amin), dan orang dipercayai (amin) umat ini adalah Abu Ubaidah Jarrah (HR bukhari)

6.   Hamzah bin Abdul Muttalib

Asadullah dan Asad ar-Rasul : singa Allah dan singa Rasulullah
Ketika mana selepas syahidnya Hamzah, beliau bukan sahaja di tikam, malah diseksa tanpa belas kasihan sehingga di belah dan di kunyah hati beliau oleh Hindun binti Utbah.

Rasulullah sangat sedih,baginda menyatakan “  jibril telah datang memberitahu bahawa nama hamzah termaktub di penghuni langit yang tujuh dengan nama hamzah bin Abdul muttalib, asad Allah dan Asa Rasulullah”

7.   Musha’ab bin Umair

Safir Al Islam : duta besar islam
Beliau adalah duta besar islam pertama, beliau pernah diutuskan oleh Rasulullah dan 12 orang lelaki yatsrib yang telah memeluk islam pada bai’at Aqabah 1 untuk mengajar islam kepada penduduk madinah.

8.   Jaafar bin Abi Thalib

Dzu Al-fanahain / At Thayyar : pemilik dua sayap /yang dapat terbang 
Rasulullah s.a.w menyatakan “ aku masuk ke dalam syurga dan kulihat Ja’far terbang bersama para malaikat sedangkan kedua sayapnya penuh dengan lumuran darah”
Allah memberi ganti dengan dua sayap sehingga beliau dapat terbang dengan keduanya di syurga. Beliau juga digelar Asy Syahid At Thayyar (pahlawan syahid yang dapt terbang)

9.   Ammar bin Yasir

Ath-thayyib Al –muthayyib : orang yang baik
Rasulullah s.a.w pernah menyatakan kepada Ammar “ selamat datang , wahai Ath-thayyib Al –muthayyib. Beliau juga seorang yang menyatakan keislamannya dengan terang dan sentiasa membuat pilihan terbaik dalam menghadapi pelbagai situasi.

10. Khalid bin Walid

Saifullah Al-Maslul : pedang Allah yang terhunus

Beliau banyak melibatkan diri dalam peperangan seperti perang badar, perang uhud dan perang khandaq. Beliau pakar dalam strategi peperangan dan tankas menggunakan pedang sehingga mendapat gelaran tersebut.
wallahua'lam .

review : tokoh2 besar islam sepanajang zaman._syiekh Muhammad Sa'id Mursi

safwan salim 16 april 2015

No comments:

Post a Comment