Monday 15 June 2015

MAHASISWA BIJAK BERBELANJA ( JUST SHARING)

MAHASISWA BIJAK BERBELANJA

Just sharing..

last point nanti saya kongsi pengalaman saya yang dhoif. bagaimana kehidupan, belajar, kahwin dan bekerja, 
Zaman belajar , zaman terbaik merancang kehidupan akan datang. Dari sudut keluarga, ekonomi, pekerjaan dan lain-lain lah.  Tapi nak fokuskan kat sini dari sudut ekonomi.
Ada sebahagian mahasiswa dapat biasiswa, ada yang dapat PTPTN dan ada yang mak 
ayah support.

Tapi macam mana pun. Kita tetap kena ad beckup untuk kewangan diri dan akan datang. Bagaimana? Mungkin ada yang kata. Takda masa, nak focus belajar, tak nak fikir lagi.. “ahlan bik, tafaddal” masing-masing tetap ad pendirian masing-masing.

Kenapa perlu ada perancangan. . ketahui lah , selepas anda habis belajar, dan berumahtangga. Perubahan dalam usaha anda untuk mencari wang sara hidup akan anda hadapi. Lebih-lebih lagi zaman yang meningkat pembelanjaannya.

Mungkin sekarang kita goyang kaki , sebab ibu ayah tanggung kita. Tetapi satu hari nanti kita akan rasa tersentak dengan perubahan kerana kita akan berdiri pada kaki sendiri

So, bermulalah dengan dengan langkah kecil. Timbalah pengalaman bagaimana untuk menambah pendapatan bulanan yang sedia ada, jangan hanya menunggu duit biasiswa, pinjaman atau sebagainya.

KERJA PART TIME..

Kerja part time bukan hanya untuk orang susah atau yang berkeperluan sahaja. Tetapi untuk semua yang memerlukan perubahan dalam hidup akan datang.

Begitu Ramai mahasiswa yang cerdik menguruskan masa yang ada dengan mengisi masa kosong mereka , bekerja di mana sahaja. Sama ada kerja makan gaji atau kerja sendiri. Sebaiknya, dalam tempoh pengajian cari lah pengalaman dengan bekerja sendiri supaya kita sebagai pelajar boleh menguruskan masa kita sendiri mengikut keperluan yang ada,

Hari minggu adalah waktu terbaik untuk mencari pengalaman bekerja. Cubalah Tanya kawan-kawan yang buat part tima.. saya yakin lebih 100 pekerjaan yang berbeza-beza kita akan dapat.  Cuma terpulang untuk kita buat atau tidak.

Servis / perhidmatan

Apa kaitan servis dengan kumpul wang? Servis juga boleh bertukar kepada wang ringgit jika anda manfaatkannya ke jalan yang betul.

Berapa banyak modal yang perlu di keluarkan? . servis adalah satu cara untuk mengumpul wang tanpa modal. Hanya perlu kepakaran dan bijak dalam promosi servis anda.

Apa yang aku ada? Aku tak pandai . aku takda kepakaran. Aku tak pandai berurusan dengan orang lain.

Anda seharusnya bijak menggunakan apa yang di anugerahkan oleh Allah S.W.T kepada anda.

 Sebagai contoh . anda boleh membuka kelas tuisyen atau kelas al quran di rumah anda atau tempat yang sesuai jika anda mempunyai kemahiran dalam bidang tersebut.
Kaedah yang lain, anda mencari sasaran anda untuk diajar. Sebagai contoh memberikan servis “ home tuisyen” untuk pelajar di rumah mereka sendiri. Ramai dikalangan 
mahasiswa yang mengumpul wang atau menambahkan ‘wang saku’ mereka dengan memberi perkhidmatan seperti ini. Anda juga boleh lakukan.

Akan tetapi, anda harus berusaha untuk mempromosi servis anda supaya masyarakat atau sasaran anda mengatahui servis tersebut.

Anda pakar dalam membaiki laptop?

Maka,gunakanlah kepakaran anda itu. Bagaimana? Mengikut kreativiti anda. Ada yang mengambil upah membaiki atau format, ada juga yang membuka pasaran sendiri. Ini semua adalah berkaitan kepakaran anda tanpa modal. Yang paling penting bagaimana anda manfaatkanya.

Begitu juga dengan servis – servis yang lain. Setiap manusia pasti ada kemahiran masing-masing. Yang membezakannya adalah cara mereka manfaatkannya. Maka, fikirlah apa yang perlu anda lakukan sekarang.  

Menyertai program atau seminar

Apakah kaitan mengumpul wang dengan menyertai program? Berbaloikah? Bagaimana?

Kaedah ini kebiasaannya di lakukan oleh mahasiswa atau remaja yang terlibat dengan beberapa syarikat traning & consultancy. Dengan cara mereka melibatkan diri di dalam program tersebut sebagai fasilatator atau pelatih . mereka akan dibayar  oleh pengurus program sebagai ganjaran kepada mereka kerana penglibatan mereka dalam menjayakan program tersebut.

Mungkin ganjaran yang anda akan dapat itu satu jumlah yang sedikit, tetapi dalam masa yang sama anda akan mendapat satu pengalaman baru dalam menjayakan program dan mendapat bonus atas usaha anda tersebut.


KAHWIN KETIKA BELAJAR.

Saat inilah kita kan rasa bagaimana pentingnya mengurus wang. Dulu kita hanya berbelanja untuk kita, sekarang lain jadinya. Kita sudah berdua. Tak dapat tidak , nilai pembelanjaan agak besar. Biasalah kahwin muda, nak berjalan situ sini. Makan itu ini, ..tetapi itulah hakikatnya..

Takpe mak ayah support. Saya setuju. Tapi sampai bila? Tak malukah kita? .cari lah pekerjaan yang boleh membantu pembelanjaan keluarga dan diri kita sendiri. Mungkin tak banyak. Tapi itulah hasil dari usaha kita. (dengan iziz Allah) . sebelum kahwin. Bakal-bakal mak mertua wajib akan Tanya. Kerja apa si dia.? Ad pendapatan tak? Bukan mereka nak duit. Tapi mereka tahu kehidupan sekarang bagaimana.

Kahwin murah rezki. Betul. Tapi adakah hanya berteori sakan rezki akan datang. Semestinya tidak. Tetapi , Alhamdulillah. Saya kagum dengan sahabat2 yang kahwin awal tanpa tangungan sesiapa. Hanya dengan pendapatan mereka sendiri (dengan iziz Allah) . mereka berusaha walau berstatus pelajar university. Rajin-rajin lah memikirkan apa yang perlu. Lebih banyak tanggungan lebih besar tanggungjawab.

Tapi jangan jadikan ia sebagai halangan untuk berkahwin. Jangan kata. Ak takda duit nak kahwin (sedangkan tak usaha), tapi dating situ sini. Huh!..
Berkahwin bukan bab main-main. Berfikir positif dan berusaha kearahnya. Percepatkan dan permudahkan

MENABUNG

Ini antara kaedah terbaik pernah buat. Tak banyak. Mahasiswa mana ada duit bayak2 nak menabung. Takda masaalah. Biar sedikit tapi maintain. Tapi satu perkara yang penting. Bagaimana nak menabung kalau takda sumber? Dari mana datangnya duit? Itulah yang perlu difikirkan.

Boleh jadi dari PTPTN. Atau mana-mana biasiswa. Kawallah pembelanjaan. Dapat je terus masuk untuk tabung dahulu. Sebab, kalua nak tunggu baki. Mungkin ada , mungkin takda. Lepas tolak duit tabung, yuran, dan sewa rumah, bari guna untuk pembelanjaan.

Beli lah tabung yang tak boleh ambik balik duit selepas menabung. Sebagai motivasi untuk kita. Kalua tak, apabila terdesan kita akan gunakan atau terus ambik sedangkan ada cara yang lain.

CERITA PENGALAMAN  SIKIT.

Saya budak baru belajar.. first. Rezeki dari Allah. .itu keyakinan kita.
Sebelum masuk university. Saya dah bekerja untuk pembelanjaan diri. Ayah dah takda. Hanya mak yang menanggung. So, masing – masing berusaha cari duit lebih.  First saya jadi guru kafa (dengan izin Allah)  di sek losong trg, dalam masa sama jadi guru quran (dengan izin Allah)  di sek menengah agama marang dan guru tahfiz (dengan izin Allah)  kat maahad Tuan guru haji hadi awang… ada pengalaman ke?? Takda. Mencuba dan mencuba.

Allhamdulillh. Dapat beli motosikal secara ansuran. EX5 TBB 5372. .ok sekarang dah ada tanggungan . motosikal bulanan rm 150.00.. mungkin ada yang mak ayah tolong belikan . motosikal atau kereta. Tapi takkan minyak pun mak ayah tolong bayarkan. Tapi Alhamdullah semuanya rezeki sama ada dari mak ayah atau beli sendiri.

*** JUMLAH TANGGUNGAN : 200.00 (moto / minyak)
= rm 200.00

Pastu dapat sambung kat USIM. Yuran permulaan lebih kurang 2 ribu. Mintak zakat dapat untuk yuran.Alhamdullah. tapi masih kena mencari untuk keperluan semasa. Guna duit baki mengajar sebelum ni.

Masa tahun 1. Saya cuba untuk cari kerja part time dan cari pengalaman kat tempat orang. So, saya minat bidang pendidikan asas fardu ain dan al quran. Bagaimana? Saya letak nama saya dalam mudah.com dan laman web nilai untuk bagi perkhidmatan mengajar rumah ke rumah. Dalam masa sama buat flyer sendiri edarkan (dengan izin Allah) dapat. Di pajam, kota serimas, dan desa ria salak tinggi.

Berapa mereka bayar. Saya tak pernah tetapkan. Dan tak akan tetapkan. Tapi Alahmdullah. Mereka bayar setimpal dengan perhidmatan yang saya bagi. Ada juga yang bayar rm 50.00 sebulan. Tapi saya teruskan . mungkin tu yang mereka mampu.
Dengan duit tu dan sumbangan dari individu., belilah laptop satu. ASUS. RM1300.00 . untuk kegunaan buat assgment dan lain-lain.

Ptptn pun apply.Alhamdullh dapat.

Allamdulilah. (dengan izin Allah) kami berkahwin akhir tahun 1 . sem 2…. Nama isteri tercinta ADAWIYYAH BT MOHAMAD RAMLI  kos Sunnah dengan pengurusan maklumat.  mak mertua Tanya kerja apa. Boleh lah bagitahu kerja mengajar part time.  Masa kahwin kos semuanya lebih kurang rm 4000.00

Bermulalah tanggungan yang kedua. ISTERI. Ada rumah ke? Takda. Ada kereta ke? Takda.. tapi motosikal. Hujan panas.hujan panas dah sebati dengan kami. Orang kata naik moto lagi best..

Mula2 kahwin kmi berstatus "PJJ" (perkahwinan jarak jauh)...hehe,, xda la jauh sgt sebenarnya.. cumanya kami tak duduk skali... sy tggal dkt umah sewa dgn kwan2 n is3 tinggal d asrama dgn kawan2 die... e2 tak jadi masalah lah bagi kami.. hari2 pn blh jumpa.. xda hal

Result exam macam mana?  (dengan izin Allah) result meningkat dan ada yang maintain. Cgpa  3.30 ke atas, saya masih mengajar . lebih kurang 4 rumah untuk satu minggu.
Kami tak merancang . .terserah kepada rezeki Allah untuk zuriat anak. Alhamdullah. Isteri mengandung masa tahun 2. ..  banyak perkara dah terfikir. Macammana anak , rumah sewa, kereta dan lain-lain.

satu semester berlalu dgn perkhwinan "PJJ", kmi mendapat berita gembira bhwa ahli baru bkal  bertmbh dlm keluarga kmi. 2 minggu kami mencari rumah sewa . (dengan izin Allah) dan mgkn rezeki ank kot, dapat rumah sewa kampong di kg sungai sekah nilai. 2 bilik. 1 ruang tamu 1 dapur.. harga Rm250.00/ BULAN. Rumah yang agak selesa untuk orang yang berkeluarga. Kami tinggal dan ulang alik ke usim lebih kurang 10 minit.

Detik berita ini dikongsikan bersama dengan tuan rumah yang kami mengajar ngaji. lagi sekali rezeki datang bergolek... blh dikatakan 8o% drpd barang2 dan perabot dari rumah kami bisumbangkan oleh tuan yang kmi ajarkan quran kpd mereka.. katanya mahu tukar perabot dan barang2 yang lbh besar kerana ank2 mereka dh bertambh...alhamdulillah,,alhamdulillah,, thumma alhamdulillah..

Lebih kurang  4 bulan mengandung. REZEKI Allah bagi. Satu pasangan (suami isteri) bagi kereta mereka untuk kami guna .KANCIL CC660 MAH 1146.. sampai sekarang masih guna.  Tanggungann dah bertambah . minyak kereta. Lebih kurang rm 100.00/ bulan

**** JUMLAH TANGGUNGAN : 200.00 (moto & minyak) + rm 100.00 ( minyak KERETA)
= Rm 300.00


**** JUMLAH TANGGUNGAN : 200.00 (moto & minyak) + rm 100.00 ( minyak KERETA) + rm 300.00 (sewa rumah & api air )
= rm 600.00

Kami guna duit dari pinjaman dan hasil pendapatan bekerja tambah jugak dengan mak da mak ayah mertua bagi . mereka support apa yang perlu. Moga Allah murahkan rezeki mereka.

Bertarikh 19 ogos 2013 . lahir bayi comel aisyah sumayyah.. pembelanjaan sedikit bertambah. Pampers dan susu. Tapi Alhamdullah. Dengan sumbangan orang ramai untuk bayi sumayyah dapat beli keperluan tersebut untuk beberapa bulan. Rezeki.

**** JUMLAH TANGGUNGAN : 200.00 (moto & minyak) + rm 100.00 ( minyak KERETA) + rm 300.00 (sewa rumah & api air ) + rm 200.00 (barang dapur & sumayyah)
= rm 800.00

Bila dilihat nilai yang banyak ini. Kadang-kadang terfikir macam mana nak atau dari mana nak bayar semuanya. Allahuakbar.Allahuakbar.Allahuakbar.. percayalah. Allah maha kuasa. Berusahalah.Allah tolong. Alhamdullh.. lebih dari itu Allah bagi..hidup sederhana dan  cukup sangat-sangat  umtuk keperluan dan makan minum.

Bila dah ada rumah sendiri. 2 perkara yang kami buat. Pertama. Menabung.. kami ada satu tabung yang berbentuk menara tabung haji. Setiap kali ada duit syiling.kami akan letak dalam tabung tu. Apabila penuh kami pergi tukar . cukup sangat untuk tampung pembelanjaan makan minum kami.

Kedua. Bercucuk tanam.kami mula tanam serai. Dan ubi kayu.. bila dah cukup matang .kami kutip hasil. Jimat belanja barang dapur.. kemudian kami tanam pokok roselle untuk buat air. Kunyit, lengkuas, pokok kesum, pandan, dan sewaktu dengannya ,, yang terbaru tahun ni. Tanam pisang,limau kasturi, ulam-ulaman, ubi kayu, betik dan labu.. gembira bila dapat makan hasil tanaman sendiri walau kat tempat orang.. jimat lebih kurang rm 100.00 / bulan.

(dengan izin Allah) dapat kerja kontrak kat akademi huffaz.. 3 malam sahaja . rm 400.00..sekarang dah tahun 4. Praktikal. Rezeki. Saya dapat kerja di sek yayasan khlifah. Untuk guru tahfiz pagi sahaja. Bertambah sedikit pendapan..

 kemudian terfikir untuk beli kereta yang lebih elok. Untuk kemudahan pulang ke Terengganu apabila ada cuti. dan sebagainya.
 berusaha untuk buat loan dengan cara tersendiri. Selepas 6 bulan berusaha .Alhamdullh (dengan izin Allah ) dapat buat loan  kereta AXIA STANDARD G TBR 2452.  Bulananan rm329.00.  kereta kancil digunakan untuk perjalanan jarak dekat . kos untuk kancil tidak dikira,

**** JUMLAH TANGGUNGAN : 100.00 ( minyak moto dan kereta kancil) + rm 300.00 (sewa rumah & api air ) + rm 200.00 (barang dapur) + rm 250 (pengasuh sumayya) + Rm 400.00 (ansuran kereta n minyak)
= rm 1250.00

Allhamdullh . ansuran motosikal dan habis bayar. Jadi tertolak dalam kos tanggungan.
kebiasaan. Apabila ada cuti sekolah. Saya dan isteri akan membuat bengkel fardu ain dan tahfiz di masjid berdekatan. Kami menggunakan modul sendiri. Modal hannya rm 100.00.. Alhamdullh kami Berjaya buat untuk kali pertama dengan pulangan rm 1100.00 sepanjang 1 minggu.  Dan untuk bengkel yang kedua lebih kurang rm 400.00 dalam seminggu.

Niat kami bukan lah hasil semata-mata tapi mencari kelainan dan memberi kefahaman kepada masyarakat tentang Al quran.
(dengan izin Allah) saya dapat kerja sebagai guru kafa gantian di sek keb semarak . pada sebelah petang pukul 2 pm hingga 5.30 pm..

Allhamdullah. Untuk waktu sekarang. JUN 2015. Saya bekerja di yayasan khalifah, guru kafa dan akademi huffaz salak tinggi. Dan sampingan mengajar di rumah masyarakat sekitar..

alhamdullah sekarang merancang beberapa projek untuk membuka kelas pengajian bersama isteri tercinta.

LAST POINT.

Mahasiswa perlu bijak mengatur urusan ekonomi dan perlu mempunyai target tertentu. Bukanlah untuk menjadi jutawan.tapi cukup untuk membantu kehidupan dan tanggungan akan datang. Mohon lah dengan Allah supaya dengan dunia ini dapat membantu kita mengumpul saham untuk akhirat.

Carilah rezeki di mana- mana kamu suka selagi mana ianya halal. Zaman mahasiswa adalah zaman untuk belajar, bukan sahaja di university tetapi belajar megurus diri dan family yang akan datang.

Wallahua’lam.