Wednesday 15 April 2015

10 wasiat Allah


10 wasiat Allah 

Di dalam surah al an’am . ayat yang ke 151 dan 152, Allah s.w.t menyebutkan beberapa larangan dan perintah kepada hambanya. 

Jika dilihat juga ayat yang di firmankan Allah sebelumnya berkaitan jenis makanan yang diharamkan dan berkaitan orang musyrikin kerana membantah dengan perkara yang dihalalkan oleh Allah bagi mereka dan perkara yang berkaitan syubhah.

Di dalam ayat ini Allah menyuruh Nabi Muhammad s.a.w agar membaca atau memberitahu tentang 10 wasiat tersebut kepada orang-orang kafir. Iaitu berbentuk lima suruhan dan lima larangan.

 Jika diringkaskan makna kandungan daripada ayat tersebut, maka antara wasiat Allah kepada hambanya .

LIMA SURUHAN ALLAH S.W.T

1.     Berbuat baik kepada kedua ibu bapa
2.    Memelihara harta anak yatim
3.    Menyerpurnakan sukatan dan timbangan dengan adil
4.    Berlaku adil dalam kesaksian dan hukuman
5.    Menyerpurnakkan janji-janji Allah

LIMA LARANGAN ALLAH

1.     Dilarang menyekutukan Allah dengan yang lain
2.    Dilarang membunuh anak
3.    Dilarang mendekali perbuatan keji
4.    Dilarang memakan harta anak yatim
5.    Dilarang membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah tanpa hak

Jika diperhatikan dan diambil pengajaran ayat tersebut. Kebanyakan elemen yang diterapkan adalah berkaitan dengan akidah dan kemasyrakatan. Ini sangat penting sebagai seorang muslim dalam mejaga keharmonian dan terus berada pada landasan yang benar,

Wallahua’lam.

safwan salim 15 april 2015

No comments:

Post a Comment