Tuesday 21 April 2015

Imām Abū Hasan al-Asy‘arī


Imām Abū Hasan al-Asy‘arī

adalah antara ‘ulamā’ Islam tersohor dan mempelopori satu aliran pemikiran dalam bidang akidah yang kemudian dikenali dengan nama keturunannya iaitu aliran al-Asyā‘irah. ‘Alīran ini telah mendapat tempat dihati nurani umat Islam. ‘Alīran ini telah mendapat sokongan dan pengaruh besar di seluruh dunia Islam. Sokongan yang dicapai ini adalah kerana berpaksikan al-Qur’an dan al-Sunnah sebagai asas akidah dan pemikirannya, di samping tidak meninggalkan rasional akal dalam huraian-huraiannya terhadap kenyataan – kenyataan al-Qur’an. Kombinasi dari kenyataan al-Qur’an, al-Sunnah dan akal ini telah mempengaruhi keutamaan dan keunggulannya mendominasi pegangan majoiriti umat Islam di seluruh dunia Islam. Serentak dengan pengaruh besarnya ini telah meletakkan Imām Abū H(asan al-Asy‘arī (270-324 H / 883 – 935 M) disenaraikan oleh Ibn al-Āthīr, al-Suyūt,ī dan selainnya sebagai ‘ulamā’ mujaddid mewakili kurun ketiga hijrah.

Latarbelakang Keluarga dan Pendidikan

Nama Imām Abū H(asan al-Asy‘arī ialah ‘Alī bin Ismā‘īl bin Abī Basyr Ish(āq bin Sālim bin Ismā‘īl  bin Abdullah bin Mūsā bin Bilāl bin Āmīr Bas,rah bin Abī Burdah Āmīr bin Abī Mūsā Abdullah bin Qays Haddar al-Asy‘arī al-Bas,rī alYamanī  . Beliau dilahirkan di Bas,rah, Iraq pada tahun 160 H / 873 M9 dan meninggal pada tahun 324 H / 935 M di kota Baghdad. Berdasarkan penjelasan ini ternyata Imām Abū H(asan al-Asy‘arī adalah dari keturunan salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w tersohor iaitu Abū Musa al-Asy‘arī iaitu Abdullah bin Qais bin Haddar al-Asy‘arī al-Yamanī al-Bas,rī. Beliau adalah antara fuqahā’ sahabat atau sahabat al-Qurrā’ dan antara sahabat yang banyak menyumbangkan khidmat dan bakti bagi kecemerlangan Islam.

Dari sudut sejarah pendidikan pula, ayahnya ketika hampir meninggal dunia telah mewasiatkan beliau kepada ‘ulamā’ terkenal dalam bidang fiqh dan h,adīth iaitu Zakaria bin Yah(yā al-Sahi. Ini telah menjadikan Imām Abū H(asan al-Asy‘arī mempunyai kecenderungan dan pegangan yang kuat kepada h,adīth kerana pengaruh bapa dan gurunya yang terawal. Setelah kematian ayahnya, ibunya telah berkahwin dengan seorang tokoh Muktazilah iaitu Abū ‘Alī al-Jubbā’ī . Ini telah mempengaruhi Imām Abū H(asan al-Asy‘arī dengan mazhab Muktazilah13 dan menguasai ilmu kalam dengan mendalam, bahkan menjadi antara tokoh terkenal Muktazilah yang pernah mewakili aliran tersebut dalam perdebatan dengan para ‘ulamā’ ahli sunnah wal jamaah.

Peringkat – Peringkat Pemikirannya

Imām Abū Hasan al-Asy‘arī telah melalui dan memperihatkan peringkat peringkat pemikiran yang berbeza disebabkan persekitaran yang mempengaruhi pemikirannya. Dalam biografinya, dinayatakan bahawa Imām Abū Hasan alAsy‘arī pada mulanya beraliran Muktazilah tetapi kemudiannya bertaubat dan mengisytiharkan keluar dari mazhab tersebut secara rasmi pada hari Jumaat di Masjid Jami’ Basrah. Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini bahawa Imām Abū Hasan al-Asy‘arī memperoleh didikan dari Abū ‘Alī al Jubbā’ī, bapa tirinya. Dia kekal dalam aliran ini sehingga berumur 40 tahun – dari kelahiran sehingga pengisytiharan taubat. Riwayat- riwayat sejarah menjelaskan bahawa faktor beliau keluar dari aliran Muktazilah adalah kerana mimpi pertemuannya dengan Rasulullah s.a.w di mana baginda s.a.w meminta beliau bangun mendukung dan mempertahankan aliran ahli h,adīth dan salaf al-ummah. Riwayat lain dari al-Subkī pula menggambarkan kisah perdebatannya dengan Abū ‘Alī al-Jubbā’ī mengenai isu mukmin kafir dan kedudukan kanak-kanak. Kesan perdebatan ini telah mempengaruhi kecurigaan dan kurang yakin Imām Abū Hasan al-Asy‘arī terhadap pegangan Muktazilah dan akhirnya beliau mengambil keputusan untuk keluar dari aliran tersebut. Imām Abū Hasan al-Asy‘arī menyesali sikapnya ketika usia muda yang berpegang kepada aliran Muktazilah, meyakini segala asas pegangannya dan melakukan segala keburukan seperti yang dilakukan oleh kebanyakan pengikut Muktazilah yang lain, bahkan beliau menduduki barisan hadapan kepimpinan aliran ini.

Kemudian beliau telah mengikuti aliran ahli sunnah wal jamaah berpendekatan khalaf atau secara khususnya aliran Abdullah bin Sa‘īd bin Kilāb. Di peringkat ini, Imām Abū Hasan al-Asy‘arī bangun mengemukakan kritikan dan penentangannya terhadap aliran Muktazilah sebagaimana yang dijelaskan melalui bukunya, al Luma’ fī al-Rad ‘al- Ahl al Zaigh wa al-Bidā‘. Pada peringkat ini juga, ternyata dengan jelas sokongan beliau kepada mazhab Imām Ahmad bin Hanbal. Pengisytiharan mengikuti pendekatan Imām Ah(mad ini dijelaskan beliau dalam bukunya, al-Ibānah ‘an Us,ūl al-Diyānah, seperti dalam pendahuluan kitab tersebut. Walaupun begitu, tidak dinyatakan penolakan beliau terhadap mazhab – mazhab ahli sunnah wal jamaah yang berasaskan khalaf sebagaimana pengisytiharan penolakannya terhadap Muktazilah. Oleh itu, sesetengah pengkaji mengklasifikasikan pemikiran beliau kepada dua peringkat sahaja. Di sudut lain pula, adalah tidak jelas tentang status kitab al-Ibānah samada ianya adalah kitab yang terakhir berikutan ada pandangan yang menyatakan bahawa kitab al-Luma’ adalah kitab beliau yang terakhir.

Imām Abū H(asan Al-Asy’arī Sebagai Mujaddid

Dalam melihat kedudukan dan sumbangan Imām Abū H(asan al-Asy‘arī dalam tajdid, ternyata bahawa beliau melakukan usaha besar dalam memperbaiki penyelewengan atau tasawwur salah dan keperibadian yang menyeleweng di kalangan masyarakat Islam pada zamannya. Usaha besar beliau dalam menghadapi aliran penyelewengan bersifat dalaman dalam masyarakat Islam yang masih kuat menguasai umat Islam. Kemuncak kekuatan Muktazilah adalah pada zaman pemerintahan al-Makmun (170 – 241 H / 786 – 855 M) apabila pergerakan ini mendapat sokongan pemimpin politik pada zaman tersebut. Setelah kematian al-Makmun, al-Mu’tasim dan al-Wathiq, pemerintahan bertukar tangan kepada al-Mutawakkil di mana beliau menentang dan mengkritik Muktazilah. Banyak tokoh Muktazilah yang berperanan dalam pemerintahan Abbasiah telah disingkirkan.
Walaupun Muktazilah tidak lagi mendapat sokongan politik, aliran ini masih berpengaruh dalam masyarakat kerana pemikirannya menguasai masyarakat terpelajar dan tokoh-tokoh berpengetahuan dalam masyarakat dan mereka secara berterusan mengembangkannya.

 Keadaan ini berlaku kerana aliran Muktazilah yang kuat pegangan kepada rasional akal telah menyebabkan ia sebagai aliran yang berasaskan penglihatan yang halus dan terperinci. Kesimpulan pemikirannya dilihat berasaskan pengamatan akademik yang mendalam. Kesannya ini telah menarik perhatian golongan muda terpelajar dalam masyarakat. Dalam masa yang sama, setelah pemergian Imām Ahmad bin Hanbal, tidak muncul di kalangan fuqahā’ dan ahli h,adīth yang berperibadi kuat sepertinya. Keadaan ini telah memberi bonus tambahan kepada pendokong Muktazilah dengan menyifatkan golongan fuqahā’ dan ahli h,adīth sebagai jahil dan tidak berpengetahuan mengenai falsafah dan prinsip-prinsipnya. Realiti dan suasana tidak seimbang ini telah memberi kesan yang merbahaya kepada agama dan sunnah serta tanggapan umat Islam keseluruhannya.

Kerana kalangan ahli falsafah atau mereka yang terpengaruh dengannya mula mentafsir dan menganalisa ayat-ayat al Qur’an dan masalah akidah Islam berasaskan rasional akal dan hawa nafsu mereka dan dan kemudiannya menjalani kehidupan mengikut keinginan mereka secara bebas. Perkembangan dan suasana seperti ini memperlihatkan keperluan agama Islam dan umatnya kepada tokoh ilmuan dengan peribadi kuat dan pemikiran yang tajam. Dalam keadaan ini, lahirlah Imām Abū Hasan al-Asy‘arī yang telah mengisytiharkan taubat dan kemudiannya melakukan penentangan terbuka dan kritikan terhadap Muktazilah serta memperbetulkan penyelewengan tasawwur dan keperibadian umat Islam pada zamannya. Melalui peranannya yang besar, Imām Abū Hasan al-Asy‘arī diakui kebanyakan penyelidik sebagai ‘ulamā’ tajdid.

Rujukan : IMĀM ABŪ H(ASAN AL-ASY‘ARĪ: ANALISA BERHUBUNG SUMBANGAN TAJDID DAN ISLAHNYA Oleh : Ahmad Zaki Berahim @ Ibrahim


Wallahua’lam

21 april 2015

1 comment:

  1. What is the casino? - SEPT
    The best casino online is the One of the main reasons why people https://deccasino.com/review/merit-casino/ are spending money on septcasino a game is sol.edu.kg by having a few options. One herzamanindir.com/ of the reasons kadangpintar

    ReplyDelete