Wednesday 15 April 2015

individu yang bercirikan ‘ibad ar-rahman


Jalan-jalan  dalam membentuk individu yang bercirikan ‘ibad ar-rahman

Apa itu ‘bad ar-rahman?

Secara umumnya, ia bermaksud seorang individu yang mempunyai keperibadian yang mantap dan sentiasa memelihara dan menjaga jalinannya dengan makhluk yang lain dan hubungan dengan Allah s.w.t.

Ini juga dinyatakan oleh Allah dalam Alquran berkaitan ‘ibadu ar-rahman di dalam surah al furqan ayat 63.


63. dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka Yang berjalan di bumi Dengan sopan santun, dan apabila orang-orang Yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab Dengan perkataan Yang Selamat dari perkara Yang tidak diingini;

Di dalam kandungan selepas ayat tersebut,iaitu ayat yang ke 64 - 97, dinyatakan dengan jelas tentang 
ciri-ciri individu ‘ibad ar rahman yang mana mereka ini layak untuk memasuki syurga Allah dengan ketaqwaan mereka dan amalan mereka.antaranya:

1.     Apabila mereka berjalan di muka bumi Allah, mereka tidak sombong dan angkuh,yakni berjalan dengan sopan santun. Dan apabila dicerca atau diperlakukan perkara yang tidak baik terhadap mereka , mereka bukan sahaja bersabar, malahan menjawab dengan perkataan yang baik dan menjauhkan diri daripada perkara buruk

2.     Mereka juga sentiasa beribadt kepada Allah dengan ikhlas dan penuh khusyuk pada malam dan siang harinya dalam keadaan sujud dan berdiri.

3.     Mereka juga takut akan balasan daripada Allah jika mereka melakukan apa yang dilarang olehNYA,dan takut akan azab seksanya neraka Jahannam

4.     Mereka juga memelihara harta mereka serta menguruskannya dengan baik. Mereka tidak boros dalam pembelanjaan dan sentiasa menggunakan harta mereka kejalan yang diredhai oleh Allah. Mereka tidak bakhil dengan harta mereka kerana yakin bahawa semuaitu adalah pinjaman sementara daripada Allah s.w.t

5.     Akidah mereka tetap tuguh .mereka sesekali tidak menyekutukan Allah dengan yang lain.serta menjauhkan diri mereka dengan perkara yang boleh mensyirikkan Allah.

6.     Mereka sentiasa memelihara hubungan dengan makhluk yang lain dan tidak membunuh tanpa hak kecuali dengan jalan yang diredhai Allah.

7.     Mereka tidak melakukan perkara-perkara yang terkutuk yakni berzina. Malahan mereka menjauhi diri mereka dengan maksiat tersebut.

Itulah yang dikatakan ciri-ciri sempurna yang perlu ada di dalam ciri individu  ‘bad ar Rahman. Kita juga boleh mencapai apa yang di gariskan oleh Allah. Jika melakukan kesalahan yang terbaik disisi llah adalah taubah nasuha.

Wallahua’lam

Safwan salim 15 april 2015 

No comments:

Post a Comment