Sunday 19 April 2015

solat memelihara aurat

Solat memelihara Aurat

Perhatikanlah manusia di sekeling anda. Berapa ramaikah wanita-wanita yang menutup aurat dengan sempurna, dan berapa ramaikah kaum adam yang menjaga aurat mereke dengan sempurna? Adakah mereka jahil tentang batasan aurat mereka? Atau buat-buat tidak tahu.

Hayatilah ibadah solat, antara syarat sah solat adalah menutup Aurat dengan sempurna. Maka jika difikirkan, kenapa manusia itu apabila berada di dalam solatnya mereka menutup aurat, akan tetapi apbila diluar solat mereka mengabaikanya.? Agak pelik tapi itu realiti

Jika mereka memahami ajaibnya solat itu sehingga mereka dapat mengaplikasikan suruhan Allah dengan  memlihara aurat mereka. Adakah diwajibkan menutup aurat hannya di dalam solat sahaja? Atau mereka mengangka memelihara Aurat itu hanya ketika beribadah sahaja?

“Ada dua macam penghuni Neraka yang tak pernah kulihat sebelumnya; sekelompok lelaki yang memegang cemeti laksana ekor sapi, mereka mencambuk manusia dengannya. Dan wanita-wanita yang berpakaian namun telanjang, sesat dan menyesatkan, yang dikepala mereka ada sesuatu mirip punuk unta. Mereka (wanita-wanita seperti ini) tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya. Sedangkan bau syurga itu tercium dari jarak yang jauh” (HR. Muslim).

Setiap perintah Allah akan ada hikmahnya yang tersembunyi. Termasuklah ibadah solat. Solat mengajar supaya manusia itu memahami akan keadaan mereka di luar solat. Mengapa perlu menutup aurat? Islam mengajar umatnya supaya menjaga agama dan kehormatan manusia seluruhnya. Dengan menjaga kehormatan diri, kehidupan manusia di dunia ini akan terjamin kerana adanya hak peribadi dan terpeliharnya maruah daripada musuh atau manusia yang mempunyai sifat kotor di dalam diri mereka.

Indahnya perintah solat itu jika diperhati dan di ambil pengajaran daripadanya. Islam bukan agama yang menerkam atau menzalimi umatnya . akan tetapi melatih atau mengajar umatnya supaya melakukan perkara yang akan mengharmonikan kehidupan bermasyarakat. Sebagaimana yang diketahui, secara umumnya aurat wanita itu kesemuanya kecuali tangan dan muka. Manakala bagi lelaki diantara pusat hingga lulut. Itulah juga batasan aurat ketika melakukan ibadah solat.

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (An Nur:31)

perintah menutup aurat bagi wanita dalam syariat Islam adalah bertujuan untuk membersihkan masyarakat islam daripada ditenggelami oleh gelora syahwat dan akhirnya akan menyebabkan umat islam lupa akan kewajipan-kewajipan yang perlu ditunaikan terhadap Tuhan, agama, diri , keluarga, masyarakat dan negara. Ini bermaksud kebaikan menutup aurat adalah pulang kepada manusia itu sendiri. Selain daripada itu, perintah menutup aurat ini juga adalah satu sigat rahmat Allah terhadap kelemahan yang ada pada manusia samada lelaki atau perempuan dalam berdepan dengan kebangkitan dorongan seksual yang kena pada tempatnya (yang dilarang oleh syarak)


wallahua’lam.

safwan salim 20 april 2015

No comments:

Post a Comment